Mini Seminar

 

Apa faedahnya belajar secara live?

  • Jika anda dapatkan ebook untuk belajar sendiri, mungkin anda kurang faham kerana terdapat banyak perkataan dan ayat yang kompleks!
  • Jika anda dapatkan video tutorial untuk belajar sendiri, mungkin video itu membosankan dan menyebabkan anda mengalah!
  • Jika anda cuba dapatkan support secara online, mungkin soalan yang ditanya lambat dijawab dan tidak lengkap!
  • Jika anda cuba belajar sendiri dari A-Z, dijamin anda bakal banyak membuang masa. Kemungkinan sehingga berbulan lamanya barulah anda dapat menjana pendapatan pertama dari internet.
  • Dengan empat sebab itu, boleh menjadikan anda semakin keliru dan tidak keruan seterusnya menyebabkan anda GAGAL!


Anda tidak mahu semua itu berlaku? Penyelesaiannya adalah berdepan sendiri dengan pakar dalam bidang itu dan perah mereka sehingga anda pun boleh jadi pakar!

Kemudian, anda boleh balik rumah dengan perasaan lega dan terus mengorak langkah untuk menjana pendapatan dari internet tanpa was-was lagi!

 

Nak Luaskan Pasaran Perniagaan Anda, Perlu Kukuh PENJENAMAAN!

 

Salam hormat sahabatku,

 

Sebelum anda membaca lebih lanjut, sila teliti fakta penting ini..

“Sebahagian daripada mereka yang mempunyai Perniagaan dan berjaya membina kredibiliti penjenamaan mereka. Akan tetapi RAMAI yang mempunyai perniagaan tetapi masih GAGAL mengukuhkan kredibiliti penjenamaan Perniagaan mereka.. Sebab tue Jualan mereka masih ditakuk yang sama “

Cuba Tanya diri andalah ya..

Anda ditahap yang mana?

Sudah mempunyai perniagaan tetapi masih belum cukup dikenali ramai. Atau anda mempunyai perniagaan yang cukup dikenali ramai..

Jika sudah dikenali ramai, rasanya bolehlah tinggalkan web ini akan TETAPI jika anda masih tiada lagi perniagaan atau sudah mempunyai perniagaan tetapi masih lagi ditakuk yang sama, jom baca selanjutnya..

Mengapa Perlukan ini untuk kukuhkan Perniagaan anda?

  • Agar sales perniagaan terus meningkat setiap hari.
  • Perniagaan anda lebih dikenali ramai
  • Kukuhkan Kepakaran anda didalam industri
  • Loyalti – Membina loyalty-loyalti pendapatan yang anda sendiri tidak jangka boleh lakukannya
  • Lahirkan Usahawan – Membantu lebih ramai usahawan lahir didalam pelbagai industri
  • Pelbagai lagi sebab yang perlu untuk anda kukuhkan perniagaan anda..

 

Oleh itu, mahukah anda jika kami tunjukkan cara paling mudah dan terbukti berkesan untuk kukuhkan perniagaan anda? Bila kami sebut mudah, ia memang mudah. Kami mengatakan terbukti berkesan, ia memang berkesan kerana ramai yang dah mulakannya.

Jadi..

Macam mana nak Kukuhkan Perniagaan Anda Dengan Pelajari Teknik Pengucapan Awam dan Penerbitan Buku?

 

Pasti ramai diantara anda yang suka menonton video di Youtube.. Berdasarkan kajian, setiap hari pasti berjuta orang akan menonton video di youtube. Mengapa anda tidak mengambil langkah ini?

Malangnya masih ramai yang tidak tahu atau malu untuk bercakap depan kamera.. Bercakap pun ada teknik sebenarnya.. Kalau tak, macam mana orang nak yakin dengan perniagaan anda..

Dengan erti kata lain, hanya dengan Teknik Pengucapan awam yang betul, mampu melonjakkan perniagaan anda sekelip mata! Ini bukan omong kosong atau sekadar madah tetapi KENYATAAN..

 

Namun masih ramai yang tidak tahu bagaimana untuk Beraksi didalam Pengucapan Awam dengan baik.. Oleh itu, disini terdapat beberapa cara yang akan dikongsikan

  • Membina kayakinan diri – Anda akan pelajari daripada PAKAR tentang bagaimana untuk bercakap dengan baik.
  • Mengawal Sifat Gugup – Sifat gugup ini adalah satu lumrah dan percayalah ramai Speaker-speaker ternama pun pernah gugup seperti anda tetapi mereka mampu mengawalnya.. Sehinggakan tidak Nampak gugupnya dan ianya bertukar menjadi WOW!
  • Faktor Wow! – Anda akan digali sifat FAKTOR WOW yang ada pada diri sendiri
  • Teknik Bercakap – Anda akan diajar untuk melakukan teknik bercakap yang mampu memukau perhatian dan melonjakkan keuntungan perniagaan anda pada tahap maksimum!

    Dan terdapat pelbagai lagi teknik yang WAJIB anda pelajari dari PAKAR yang Terbukti!

 

Cuba kita lihat para pemimpin negara-negara kita dan luar. Mereka yakin menyampaikan hujah bagaimana untuk menarik pelancong luar datang ke negara mereka.

Mari kita lihat mendiang Steve Jobs pula.. Beliau akan mendapat tepukan gemuruh apabila selesai berucap.. Malahan aura beliau akan terserlah sendiri apabila selesai berucap.

Maka perniagaan dan kredibiliti beliau turut terserlah.. Secara tidak langung para pelanggan akan berasa dekat dan ingin mendapatkan produk beliau..

 

Oh tidak..

 

Minisite adalah sebuah laman web jualan yang direka khas untuk menjual sesuatu produk secara online. Ianya khas dibangunkan untuk menjual sebuah produk yang khusus dan tidak dicampuraduk dengan produk-produk lain.

Contohnya, anda mempunyai sebuah produk ebook mengenai ‘Panduan Kewangan’, maka minisite yang dibina digunakan untuk menjual ‘Panduan Kewangan’ itu sahaja. Ianya tidak digunakan untuk menjual panduan-panduan yang tiada kaitan dengan kewangan.

Bererti, minisite lebih fokus dan lebih berkesan untuk mempengaruhi pelawat agar membaca tawaran yang diberikan kepada mereka. Seterusnya, ia mampu menarik pelawat untuk terus membuat pembelian dan menghasilkan keuntungan kepada anda.

Contoh minisite yang dibangunkan untuk menjual sebuah produk adalah www.MinisiteMudah.com. Minisite itu adalah milik saudara Yasir Arafat yang digunakan untuk menjual ‘Sistem Minisite Mudah’.

Cuba anda lihat minisite tersebut dengan teliti. Ianya dibangunkan khusus untuk menjual sebuah produk sahaja. Tiada produk lain yang ditawarkan melainkan ‘Sistem Minisite Mudah’ itu sendiri. Dengan bersifatkan FOKUS, tiada pelawat yang tidak tertarik dengan apa yang ditawarkan di sana.

 

Betapa Berpotensinya Blog Dan Pentingnya Minisite Untuk Jana Pendapatan Dari Internet!

 

Oleh itu, mahukah anda untuk mendapat tunjuk ajar daripada usahawan internet yang pakar dalam kedua-dua bidang ini secara live? Mereka memang pakar kerana perkara itulah yang dilakukan dan difokuskan dari dulu hingga sekarang.

Tambahan pula, mereka telah menjana pendapatan dari kedua-dua aktiviti ini sehingga mencecah LIMA ANGKA! Ini bukan cakap kosong.

Jika disebut nama mereka di Komuniti Usahawan Internet, tiada siapa yang tak kenal mereka. Sehinggakan, apabila dibicara tentang blog, nama pakar itulah yang keluar. Dan apabila dibicara tentang minisite, nama pakar itu jugalah yang keluar. Mereka memang cukup sinonim dalam bidang masing-masing.

 

Siapa Pakar Itu Yang Boleh Membantu Anda?

 

Tanpa membuang masa dan membuatkan anda semakin tertanya-tanya, kami memperkenalkan tiga jejaka Malaya yang pakar dalam bidang minisite dan blogging iaitu..

 

Nama pakar yang pertama ini ialah Yasir Arafat bin Sepaat. Beliau merupakan seorang trainer yang cukup berpengalaman luas dalam pembangunan laman web untuk syarikat, korporat, agen kerajaan. Antara jenis laman web yang dibangunkan termasuklah ecommerce, portal, membership/keahlian, komuniti, forum, dan banyak lagi.

Beliau juga pernah dijemput ke Munich, Germany bagi membangunkan laman web & Sistem Pembelajaran secara Online(e-Madrasah) untuk sebuah masjid di sana. Menjelang tahun 2012, genap 13 tahun beliau berkecimpung dalam bidang yang cukup mencabar ini.

Antara tokoh yang pernah mendapatkan khidmat daripada beliau ialah Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah (www.fadzilahkamsah.com), Dato’ Stapa Omar (www.dcl.com.my), Dato Azlina (www.dnavechee.com.my), dan ramai lagi.

Bukankah ini cukup mengujakan. Ramai tokoh-tokoh yang mendapatkan khidmat daripada beliau. Ini membuktikan beliau seorang yang komited dan memberikan 100% komitmen dalam bidang pembangunan laman web.

Tahun 2012 ini juga tahun yang bersejarah buat saudara Yasir apabila beliau berjaya melancarkan sebuah produk yang mampu membantu para usahawan internet membina minisite sendiri iaitu ‘Sistem Minisite Mudah’ di laman web www.MinisiteMudah.com.

Sejak produk itu dilancarkan, telah ramai usahawan internet yang mendapatkannya disebabkan produk itu memudahkan mereka dalam pembinaan minisite. Bila dah ramai yang dapatkan produk itu, rasa-rasanya besar tak pendapatan beliau?..

 

Saudara Yasir adalah pakar dalam bidang minisite. Di bawah ini pula pakar blog yang sudi turun padang untuk berkongsi ilmu blogging dengan anda iaitu..

 

Dua orang yang berada dalam gambar itu ialah Aqif Azizan dan Hasbul Aqil. Mereka berdua merupakan internet marketer yang fokus dalam bidang blogging dan masing-masing bertapak di blog mereka sendiri iaitu www.AqifAzizan.com dan www.Hasbulaqill.com.

Walaupun baru mencecah awal 20-an, tetapi mereka berdua cukup gah dalam industri blogging. Sebab itulah, seminar blogging yang mereka anjurkan tak cukup tempat. Malah, produk ebook mereka yang bertajuk ‘Rahsia Trafik’ cukup HOT dalam kalangan blogger tempatan.

Mereka berdua juga merupakan teraju utama untuk Majalah Niaga dan Komik Niaga terbitan Flarebiz Network. Anda boleh lihat, kedua-dua majalah itu semakin mendapat tempat dikalangan pengguna internet. Sehingga kini, kedua-dua majalah itu mempunyai peminat setianya yang tersendiri.

Bagaimana mereka lakukannya? Jawapannya adalah dengan BLOG!

Dengan menggunakan blog, mereka promosikan Majalah Niaga dan Komik Niaga. Apa yang best. Walaupun kedua-dua majalah itu diedarkan secara percuma, tetapi ianya tetap menghasilkan pendapatan sehingga EMPAT ANGKA kepada mereka.

Melalui pencapaian yang ditunjukkan itu, sudah pasti saudara Aqif dan Hasbulaqill layak untuk digelar pakar blogging. Dan pakar inilah yang harus anda buru untuk dijadikan guru!

Jom Jumpa Mereka Secara LIVE!

Seperti yang kami maklumkan di awal tulisan ini, diakui anda mampu untuk belajar bab blogging dan minisite dengan menelaah ebook, video tutorial dan bahan pembelajaran yang lain. Tapi, cuba anda kira berapa banyak masa yang bakal anda laburkan?

1 bulan? 2 bulan? Kami gerenti, paling kurang pun 3 bulan baru anda mahir sama ada dalam bidang blogging atau minisite. Itupun jika anda betul-betul fokus dan tak buat kerja lain. Itu cerita masa. Bagaimana pula dengan kos? Jika masa dah banyak digunakan, sudah tentu kos yang dilaburkan boleh menjadi lebih besar!

Sedangkan..

Terdapat ‘shortcut’ untuk anda kuasai kedua-dua bidang ini. Caranya adalah dengan bersemuka dengan kedua-dua pakar di atas dalam sebuah program yang diberi nama..

 

Jana Pendapatan Lumayan Dengan Blog Dan Minisite Di Internet!

 

Buat julung-julung kalinya, Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) menjemput tiga orang pakar yang berbakat besar dalam bidang blogging dan minisite dalam sebuah Mini Seminar.

Dalam Mini Seminar ini nanti, setiap perkara yang ingin anda pelajari dan kuasai tentang blogging dan minisite akan dijelaskan secara terperinci oleh dua pakar ini.

Bukan mudah untuk pihak PUIM menjemput mereka berdua. Mereka merupakan usahawan internet yang cukup sibuk dengan perniagaan yang dijalankan. Tetapi, kami berjaya mencuri masa mereka dan bawakan mereka untuk bersama-sama dengan anda yang berminat untuk jana pendapatan di internet melalui blog dan minisite.

 

Antara Yang Terkandung Dalam Mini Seminar Ini Nanti Adalah..

 

Mini Seminar Sesi Pagi : Teknik Bina Minisite Mudah

  • Pengenalan kepada minisite
  • Minisite jenis statik & dinamik
  • Pengenalan kepada Minisite
  • Membangun & menguruskan minisite
  • Kelebihan minsite
  • Konfigurasi/Penetapan Asas Minisite
  • Menguruskan Kandungan menggunakan Minisite
  • Menguruskan Menu menggunakan Minisite
  • Menguruskan Fungsi Media Sosial menggunakan Minisite
  • Menguruskan Jualan/Tempahan menggunakan Minisite
  • Menguruskan Pelanggan menggunakan Minisite
  • 1 Klik Backup menggunakan Minisite
  • Pengurusan Program Affiliate menggunakan Minisite
  • Sesi Soal Jawab

 

 

Mini Seminar Sesi Petang : Teknik Buat Duit Dengan Blog

  • Pengenalan asas Mengenai Blog
  • Kisah kami – Dari zero ke hero
  1. Modal permulaan kami membangunkan Majalah Niaga.
  2. Proses yang dilalui pada 3 bulan pertama
  3. Hasil mula diterima selepas 3 bulan pertama dan terus meningkat bulan demi bulan
  4. 4 sumber pendapatan Majalah Niaga
  5. Kejayaan yang dicipta sehingga kini
  6. Kenapa kami memilih blog?
  • Formula asas buat duit dengan blog
  1. Niche
  2. Platform
  3. Isi kandungan
  4. Trafik
  5. Strategi buat duit
  • Pemilihan Niche
  1. Maksud niche secara mendalam
  2. Kepentingan niche
  3. Cara memilih niche
  • Pemilihan platform
  1. Pengenalan mengenai platform
  2. Jenis-jenis platform
  3. Kenapa wordpress
  • Isi kandungan
  1. Penggunaan ayat penuh
  2. Pembahagian perenggan
  3. 5 elemen multimedia
  • Trafik
  1. Kepentingan trafik
  2. 3 cara tarik trafik (Facebook, guest posting, forum)
  • Buat duit
  1. 5 cara buat duit
  2. Advertising network
  3. Affiliate
  4. Direct advertising
  5. Servis
  6. Produk informasi
  • Hidden BONUS ==> _____________ SEO

 

Kami boleh jamin, semasa Mini Seminar nanti kepala anda akan penuh dengan informasi yang sangat padat dan sendat. Sebab anda dapat berjumpa dengan orang yang betul-betul berjaya jana pendapatan dari internet.

Mereka ni walaupun duduk depan computer, tapi sebenarnya mereka memang sibuk dengan perniagaan mereka. Meeting sana sini, jumpa klien, outstation dan sebagainya. Businessman lah katakan!

Memang anda susah nak jumpa mereka pada hari lain. Tapi, bila anda jumpa mereka masa Mini Seminar nanti, anda tak akan nampak mereka ni macam businessman pun. Mereka pun simple macam anda, pakai kemeja T, seluar jean, kasut sneakers, bawak kereta biasa macam anda.

Mereka amatlah ‘humble’ dan bersahaja. Jadi anda boleh borak dengan mereka, tepuk bahu mereka dan buat lawak dengan mereka. Mereka hanya orang biasa sahaja macam anda. Cuma angka digit dalam akaun bank mereka sahaja lebih banyak daripada anda!

Jadi, anda gunakan masa anda sebaik-baiknya untuk mengorek rahsia mereka di sana nanti. Dan anda perlu bertindak pada hari ini juga.

 

Masanya Adalah Sekarang!

 

Jika anda serius untuk buat duit di Internet tahun ini, berikut tindakan yang anda perlu buat. Tandakan pada kalendar anda, bulatkan tarikh 11 Februari 2012 (Sabtu), setkan reminder pada handphone anda dan batalkan sebarang aktiviti untuk hari Sabtu ini. Ini adalah KEMESTIAN!

Anda harus mendalami ilmu tentang blogging dan minisite ini. Potensi untuk anda menjana pendapatan di Internet melalui bidang ini sangat luas!

Ingat! Berjuta-juta pengguna internet membelanjakan wang mereka di Internet. Situasi ini bukan berlaku di luar negara sahaja malah di dalam negara kita yang tercinta ini juga!

…dan bilangan mereka semakin bertambah pasa tahun ini dan akan datang..

Dengan perkembangan internet, tak mustahil anda berjaya dengan adanya bimbingan daripada pakar yang sanggup berkongsikan ilmu-ilmu yang cukup berharga itu.

Jadi, anda tidak boleh membiarkan ‘lombong emas’ yang dah dijumpai terhidang di depan mata anda dikaut oleh orang lain. Anda perlu dapatkan bahagian anda juga!

…dan Mini Seminar ini adalah tapak untuk anda bermula.

Kami tak dapat bayangkan betapa bersyukurnya kerana kami dapat memujuk mereka hadir ke Mini Seminar pada hari Sabtu ini – dan ia adalah peluang keemasan untuk anda.

Mereka ini sudah memberikan komitmennya untuk hadir Sabtu ini. Cuma kami masih menantikan komitmen anda pula.

Mini Seminar ini adalah satu acara yang menghimpunkan pakar-pakar dalam satu hari. Walaupun anda sudah pulang nanti, kami dan AJK PUIM akan sentiasa berhubung dengan anda untuk memastikan anda mendapat manfaat dari seminar ini dan kami akan bantu anda untuk pergi ke fasa seterusnya.

Jangan risau.. Anda tidak akan dibiarkan keseorangan..

Jika anda mahu kami membantu anda mencapai apa yang anda inginkan, tanamkan azam untuk hadir pada hari Sabtu ini.

Anda boleh pilih untuk hadir ke Mini Seminar Sesi Pagi (bersama Yasir Arafat) atau pilih untuk hadir ke Mini Seminar Sesi Petang (bersama Aqif Azizan dan Hasbul Aqill). Itu terpulang kepada anda.

Oops.. Sebelum kami terlupa, kami perlu beritahu anda bahawa terdapat sedikit masalah di sini.

Ia bukanlah masalah sebab seminar ini akan dibatalkan..

Ia juga bukan masalah sebab bayaran ke seminar ini sampai beratus-ratus ringgit.

…tapi, ia berkenaan slot untuk Mini Seminar ini adalah sangat TERHAD!

Kami minta maaf awal-awal, sebab kami tiada pilihan lain. Mungkin anda tahu sebabnya kenapa. Mini Seminar ini adalah satu pertemuan yang eksklusif.

Anda boleh berinteraksi dengan para pakar dengan mudah semasa mereka menyampaikan ceramah, jadi ada interaksi dua hala.

Mereka pun senang berkongsi ilmu dan pengalaman mereka. Dan anda juga senang memahami penyampaian mereka. Berbanding dengan seminar yang mempunyai jumlah peserta yang ramai tapi isinya habuk.

Kami di PUIM pun mudah untuk bekerjasama dan memantau perkembangan anda selama anda mengikuti program bersama PUIM.

…dan hanya 20 tempat sahaja untuk setiap sesi ini.

Semasa kami menulis ini, mungkin 2 ke 3 tempat sudah diisi, jadi mungkin tinggal lebih kurang 17 tempat sahaja untuk diisi untuk seminar hari Sabtu ini.

 

Bukan Ke Kalau Nak Berguru Dengan Pakar Kena Keluarkan Kos Yang Tinggi?

 

Sebab itulah kami mahu anda bertindak sekarang. Jika anda mahu dan bertekad mengubah kehidupan anda kepada yang lebih baik pada tahun ini, anda cuma tempah tempat anda hanya dengan yuran serendah RM 50 sahaja untuk setiap sesi.

Dengan angka yang tak masuk akal ni, anda boleh katakan yang kami di PUIM ni memang gila dan tak tahu berniaga!

Tapi, itulah hakikatnya, kami sudah cover hampir 70% kos untuk Mini Seminar ini semata-mata untuk anda. Anda hanya bayar untuk komitmen anda sahaja!

Kalau anda rasa nak tahu tentang minisite, datang sahaja di waktu pagi. Kalau anda rasa nak tahu tentang blogging, datang pula di waktu petang.

 

  • Tarikh: 11 Februari 2012 (Sabtu)
  • Mini Seminar Minisite: 9.00 pagi – 12.00 petang
  • Mini Seminar Blogging: 2.00 petang – 5.00 petang
  • Pakaian: Smart Casual
  • Tempat Mini Seminar: Inspired Partners Training Center (IPTC), No. 48-M, Jalan hentian 2, Off Jalan Reko, Pusat Hentian Kajang, 43000 Kajang

Bagi anda yang ingin menyertai Mini Seminar kedua, anda boleh membuat pembayaran melalui pautan di bawah :

<< KLIK DI SINI UNTUK KE RUANGAN PENDAFTARAN >>

  • Anda pilih salah satu Mini Seminar sahaja, bayar RM50! Ini bermaksud, katakan anda pilih Mini Seminar Minisite bayar RM50, atau Mini Seminar Blogging sahaja anda bayar lagi RM50.
  • Anda pilih kedua-duanya, nikmati lagi potongan diskaun serta merta 20% = bayar RM80 sahaja! Tapi cepat bertindak kerana kuota amat TERHAD!
  • Maksimum 20 orang peserta sahaja!

P.S. Bidang blogging dan minisite ternyata memberikan pulangan lumayan kepada mereka yang berminat untuk menceburinya. Tambah-tambah bidang minisite, belum ramai lagi internet marketer yang serius dalam bidang tersebut!

P.S.S. Oh ya.. Anda juga boleh membuat temujanji untuk belajar dengan pakar-pakar di atas secara private coaching. Tetapi, kos yang perlu anda keluarkan juga tinggi. Yalah.. Mereka kan pakar dan mempunyai ilmu yang sangat bernilai. Sudah tentu mereka tidak meletakkan harga yang rendah untuk private coaching!

P.S.S.S. Tak usah pening-pening lagi. Datang je ke Mini Seminar anjuran PUIM kali ini. Anda hanya perlu laburkan kos pada kadar yang sangat berpatutan untuk menuntut ilmu dengan para pakar yang dibawa pada hari Sabtu nanti!

P.S.S.S.S. Kuota untuk setiap sesi Mini Seminar sangat TERHAD! Satu sesi hanya menempatkan 20 orang sahaja. Kami tak terima peserta lebih daripada itu kerana ingin memberikan layanan EKSKLUSIF kepada pada peserta yang hadir nanti. Adakah anda antara mereka yang bertuah itu?

Kongsikan Artikel Ini:

Sitemap Web PUIM

RSS Feed : BlogBerita Terkini

Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

11-1 Tingkat 1, Jln Utama Suria Tropika 1

Taman Suria Tropika

43000 Seri Kembangan, Selangor,

Malaysia.

E-mel: salam@puim.my

Tel: +6019-300 0805

Faks: +603-8958 0277