Program

Matlamat PUIM ialah selaras dengan fokus misi dan visi iaitu menggalakan dan membantu gen-y khususnya untuk menjalankan perniagaan melalui Internet. Semua peserta akan dibawa kepada beberapa siri program atau pemantauan yang sesuai dengan mereka. Contohnya jika peserta sudah ada produk atau servis, sistem untuk memasarkan produk akan dibekalkan dan akan memasuki kursus atau bengkel bagaimana memasarkan produk mereka secara atas talian.

Jika peserta yang tiada produk pula akan diberi sistem dan produk , mereka akan diajar untuk memasarkan produk menggunakan kaedah percuma seperti penggunaan media sosial dan berbayar mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Seterusnya, semua akan dikumpulkan dalam beberapa aktiviti yang lebih besar untuk tujuan membina jaringan usahasama antara ahli PUIM. Matlamat ini diterjemahkan pencapaiannya melaui aktiviti yang dianjurkan persatuan iaitu ‘MiS’, ‘MiM’, ‘Konvensyen’ dan ‘Gathering’.

MiS

dropship-seminar

  • Mini Seminar (MiS) dianjurkan oleh pihak PUIM secara berkala kepada semua ahli PUIM dengan objektif pendedahan kepada peserta komponen asas dalam perniagaan online.
  • Peserta akan didedahkan dengan 12 slot yang berbeza terdiri dari komponen perniagaan Internet yang telah dilakukan dan mempunyai hasil oleh penceramah yang berpengalaman. Slot yang telah dirangka adalah:
    1. Ebook
    2. Surat Jualan
    3. Ebay & Dropship
    4. Affiliate
    5. Media Sosial
    6. Blogging
    7. Minisite
    8. Design
    9. Outsourcing
    10. Public Speaking
    11. Pengurusan Produk & Servis di Internet
    12. Penulisan & Penerbitan

MiM

mim

  • Malaysia Internet Millionaires (MiM) adalah program dwi tahunan yang diadakan 2 kali setahun.
  • Program ini mengumpulkan penceramah yang mempunyai rekod pencapaian terbaik dalam industri perniagaan internet tempatan bagi memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua usahawan dan bakal usahawan internet.
  • Dengan tema ‘Next Level’ dan ‘Thinking Big’ akan memberikan peserta satu dimensi pemikiran yang sangat positif dalam menjana pendapatan secara online.

Konvensyen

  • Acara tahunan yang mengumpulkan komuniti usahawan internet bagi membincangkan perkembangan dan strategi terkini perniagaan internet di Malaysia.
  • Tanda aras (standard) perniagaan internet akan ditentukan melalui resolusi hasil konvensyen tahunan ini.
  • ‘Business Matching’ menjadi agenda utama Konvensyen yang pastinya akan membuka peluang usahasama antara ahli PUIM untuk bergerak lebih laju.

Gathering

gathering

  • Aktiviti santai yang dianjurkan untuk merapatkan hubungan interaksi antara ahli PUIM yang lazimnya berinteraksi secara online.
  • Mengumpulkan ahli PUIM dalam perjumpaan begini akan mengeratkan usahasama disamping membuka lebih peluang kerjasama sesame ahli PUIM.