Landing page adalah satu cara yang paling penting dan paling berkesan dalam pemasaran Internet.  Fokus landing page ialah untuk mendapatkan maklumat prospek.

Semasa pelawat ke laman web anda, mungkin dari pelbagai cara seperti

  1. Enjin Carian
  2. Facebook
  3. Kad Bisnes

Mereka akan datang untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya dari anda.

Berbalik pada fokus tadi, iaitu anda perlukan maklumat mereka untuk dihubungi semula (Follow up). Ini adalah penting supaya anda mempunyai prospek yang berada dalam kumpulan minat yang betul.

Kumpulan minat yang betul membolehkan anda menjual barang yang tepat kepada mereka dan meningkatkan kadar penjualan (Conversion Rate) yang lebih tinggi.

Ciri-Ciri Landing Page

Terdapat 5 komponen penting dalam landing page.

  1. Headline & Subheadline
  2. Video Penerangan
  3. Tawaran
  4. Faedah
  5. Opt-In Form

Headline & Subheadline

Headline atau tajuk utama adalah sangat penting, ini yang akan membantu kepada minat pelawat yang datang ke laman web anda.

Headline ini juga menerangkan tawaran anda kepada pelawat yang memberikan nama

Antara contoh headline yang baik ialah:

  1. Mengandungi proses mudah – ” 7 langkah mudah untuk awet muda”
  2. Mengandungi Rahsia – ” Rahsia Kurus Tanpa Berdiet oleh datuk saya”
  3. Mengandungi pengalaman – ” Bagaimana saya menguruskan perniagaan hingga 6 angka tetap”
  4. Mengandungi Kajian – ” Kajian terperinci bagaimana menukar prospek kepada pelanggan dalam 10 minit”.

Headline adalah bertujuan untuk menarik perhatian, anda boleh gunakan pelbagai kaedah lain juga, fokus utama ialah menarik perhatian. Cuma awas jangan terlampau menjanjikan perkara yang bukan-bukan atau kita tidak dapat penuhi, ini kerana mereka yang mengambil laporan dari anda berkecil hati jika anda tidak menunaikan apa yang dijanjikan.

Video Penerangan

Video penerangan memainkan peranan yang semakin penting sekarang ini. Video penerangan boleh dibahagikan kepada 2:

  1. Konsep Slide
  2. Konsep Live

Konsep slide ialah bermaksud anda berikan slide penerangan, anda menerangkan apa masalah sekarang, dan bagaimana penyelesaian yang anda ada boleh membantu mereka. Dengan syarat mereka perlu memberikan maklumat seperti anda minta seperti

  1. Nama
  2. Emel
  3. No Telefon
  4. Lokasi

Konsep live pula ialah video anda menerangkan mengenai tawaran anda kepada pelawat yang anda. Video rakaman anda sendiri, dimana anda bercakap dan menerangkan tawaran satu persatu kepada pelawat laman landing page anda.

Faedah

Anda terangkan faedah kepada pelawat anda, contohnya, terdapat 5 faedah,

  1. Anda tahu teknik jaga rambut secara semulajadi tanpa tanpa kimia
  2. Jimat 70% perbelanjaan biasa anda menjaga rambut setiap bulan
  3. Cara segera melembutkan rambut yang keras dan kerinting.
  4. Ketahui  7 bahan semulajadi untuk melembapkan rambut
  5. 3 Cara mudah menguruskan rambut bertudung

Opt-In Form

Opt-In Form adalah borang online untuk mengutip maklumat prospek anda. Anda boleh buat sendiri dengan google docs form, atau lebih profesional anda menggunakan autoresponder berbayar.

Ini adalah penting untuk anda menghantar emel follow-up kepada prospek anda nanti.

Contoh Landing Page Asas